Sabtu, 26 Februari 2011

Kitchen Garden

Ini adalah tanaman belakang rumah....yang boleh digunakan didapur seperti daun pandan,cili padi,serai ,daun limau purut,limau kasturi,lengkuas,halia,cekur,pegaga,daun kunyit...


PEGAGA BESAR - sesuai mesin dan minum jus nyer
untuk awek muda

SERAI - ramuan wajib untuk buat rendang dan tomyam

CILI API - masalah cili yang aku tanam nih buah dia tak mau
merah mungkin spesis hijau kot..tapi pedas tetap pedas.

CILI BURUNG - emmm memang terangkat pedas gilerr

DAUN KESOM - ini ramuan utama Asam Pedas...slurppp


DAUN CEKUR - yang ini aku taman jerr tak pernah guna pun
samada daun atau ubinyer...

POKOK HALIA - sekiranya stok halia habis emmmm....
ini kira stok kecemasan lerr

LIMAU KASTURI - perah buat jus...

POKOK LENGKUAS - aku tanam dalam pasu sebab senang
nak gali bila diperlukan.

DAUN LIMAU PURUT - ramuan untuk tomyam,paprik ,rendang
dan daun nya boleh digunakan untuk sauna...wangi

PANDAN WANGI - ramuan untuk nasi lemak,bubur dan macam2 lagi

DAUN PUDINA - untuk suami ku....hehehehehe

POKOK DOKONG - aku abadikan gambar pokok ini sebab
riwayatnya mungkin tak lama ,terpaksa ditebang kerana berdekatan dengan
kolam yang bakal dibina....huhuhuhuhu

POKOK KEDONDONG - pokok ini milik jiran tetapi buahnya
sudah melepasi sempadan....maka hasilnya kami tuai lerr...

Projek kitchen garden aku panjangkan dengan projek terbaru iaitu percubaan menanam sawi dalam pasu.
Ini bertujuan supaya senang dikawal dan dialihkan...kalau guna batas mungkin cerewet dan perlukan kawasan yang luas...jadi kami cuba cara ini guna pasu semaian...sebab tak der polibag...

SAYUR SAWI
Anak Sawi - yang baru diubah /semai

Susunan pasu sawi - letak tepi dinding sebab kawasan sini redup
sikit.
Usia sawi masuk minggu ke-2 ..minggu ke 3 boleh tuai kot...sebelum ulat
daun santap dulu..hehehehehe.

Untuk tanam sayuran dan herba ni..aku pakai baja tahi kambing (ori punyer) ..entah mana laa suami aku dapatkan bekalan...hehehehe...tapi hasilnya ok dan memuaskan.

Sekian...

1 ulasan: