Sabtu, 26 Mac 2011

Puding Roti Vs Sos Kastard

PUDING ROTI vs SOS KASTARD
  
 
PUDING ROTI

emm ...saja jer upload gambar puding roti dalam facebook aku..tak sangka pulak ramai betoi yang tanya resepi specialy dari adik-adikku yang baru berumahtangga...wahh berkobar2 semangat mereka untuk mencuba resepi dan memasak didapur sendiri...teruskan usaha dan niat murni ...

Resepi ni pun aku dapat dari fb @kongsi resepi...memang banyak wanita/suri rumah yg sudi berkongsi resepi kat sini...dan bila dicuba semuanya menjadi sebab apa yang mereka tulis semuanya bersandarkan pengalaman masak sendiri....bukannya seperti dalam sesetengah buku resepi kadang kala tak menjadi ada yang sesetengah tu bahan bahan yang ditulis seolah-olah tak masuk akal atau tak relevan langsung dengan gambar yang diberi...ini dari pengalaman dan permerhatian saya sendiri lerr..

Berbalik cerita puding roti yang saya buat...resepi nih saya ambil dari fb @kongsi resepi...tapi dek kerana nak masak sangat pada hari itu ...masuk kedapur hanya ada roti ,telur ,tepung shaja...jadi terpaksa lah aku kretif ..gunakan apa bahan yang ada..tetapi masih lagi mengikut skill...
Susu segar ..stok dah habis jadi aku gantikan dengan susu dugro perasa 'Strawbbery' anak aku....lepas tu esen vanila pulak dah abis jadi aku gantikan denga esen 'Strawbbery' juga kebetulan masih berbaki...
aku selongkar dalam peti ais ..kot2 masih ada kismis..alhamdulliah masih ada stok tapi sikit ..jadi lerr kemudian aku ternampak ada 3 biji buah epal masih dalam keadaan elok...aku pun dah lupa bila belinyer...api masih 'good condition' mungkin kerana peti tu 'intelligent' kot guna teknologi nano ; boleh mengekalkan kesegaran dan memelihara vitamin... :)



erkk - peti ais baru yerr

Disini aku turunkan serba sedikit resepi Puding roti...

3 -4 keping roti - dipotong 4 dan disapu dengan butter
3 biji telur
1/2 cwn gula
1 tin susu cair @ 2 gelas susu segar
1 tin air
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar butter
untuk hiasan boleh gunakan kismis dan epal

cara cara membuat puding
- Blend telur, gula, susu, air, butter,tepung dan esen vanila.
- Susun roti dalam loyang dan taburkan kismis dan epal yang dihiris nipis2.
- Tuangkan bahan2 yang telah diblend tadi. Biarkan dalam 15 minit.
- Bakar pada suhu 160 hinga 170 darjah celcius selama 1 jam.
cara cara membuat sos kastard
1 tin susu sejat
1 biji telur - dipukul terlebih dahulu
2 sudu tepung kastard - dicairkan denga sedikit air
1/2 cwn gula

- masukan susu sejat ,telur ,tepung kastard dan gula serta esen vanila dalam periuk
- masak atas api sederhana dan kacau hingga pekat
- bila sudah masak tutup api dan sejukkan dalam peti ais..
- tuangkan sos ini keatas puding dan sedia dihidangkan..


Puding roti & sos

 Dek kerana sos kastard yang aku buat terlalu sejuk dan sedap macam aiskrim...anak -anak aku siap hirup lagi...jadi sos dia habis dulu dari puding...jadi aku pun cuba cicah ngan kari ayam..emmm boleh tahan juga rasa macam makan roti cicah gulai....apa lagi abis sepinggan ...kalau u ols nak try silakan..


hanya Puding roti yang tinggal


+


Kari Ayam


Selamat Mencuba... 

 







 
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan