Ahad, 1 Ogos 2010

Keluarga Ku

Mengenai diri ku :
Aku berkahwin dengan Norazman Jantan pada 8 September 2001. Kini genap usia perkahwinan kami 9 tahun dan telah dikurniakan 3 orang cahaya mata yang comel - comel.
anak sulungku : Muhammad Nur Aliff Bin Norazman yang kini berusia 7 tahun (14 Febuari 2003). anak ini terpaksa dilahirkan secara pembedahan kerana kedudukannya pada masa itu yang tidak sesuai dilahirkan secara normal. Anak ku kini bersekolah di Sek Keb Seri Bayu,Seri Manjung, Perak. Cita- cita anakku ini terlalu banyak seperti menjadi doktor pakar jantung,nak jual kapal terbang,nak pandu jet pejuang dan termasuklah menjadi pelumba kereta Formula 1.(bestttkan cita - cita dia)


Anak kedua ku : seorang puteri yang diberi nama Nurul Aieyshah binti Norazman yang kini berusia 4 tahun (14 November 2006).Anak ini agak lincah dan kelam kabut sikit tetapi amat menghiburkan.Rupanya amat comel.Bercita - cita menjadi "Princces" suatu hari nanti.(ye ker macam tak caye jer).Menjaga anak ku yang ini semasa kecil agak sukar sedikit kerana dilahirkan dengan masalah jantung berlubang dan terpaksa menjalani pembedahan besar bagi menutup lubang sebesar 1cm pada usia seawal 4 bulan.


Anak ku yang ketiga : Muhammad Aqil Iskandar bin Norazman yang kini berusia 2 tahun (10 Januari 2008). Anak ku yang ini dilahirkan sebulan awal dari tarikh jangka.Walaupun tidak cukup bulan semasa dilahirkan (35 minggu) tetapi berat semasa lahir 2.55 kg.(besar jugak) akan tetapi merasa juga dia duduk dalam aqubater selama 3 hari.Anak ku ini agak pendiam,pemalu dan manja lebih (lebih mengikut perangai abahnya)...ishhkk iyer ker!!! Mata anakku ini agak sepet berbanding dengan mata abangnya...mungkin kerana aku selalu tengok cerita Korea kot semasa mengandung.


Aku juga bahagia dikurniakan seorang suami yang cukup penyayang,penyabar dan teramat memahami segala kehendak dan perangai aku ini. Norazman Bin Jantan itulah nama insan yang amat aku cinta dan sayang hingga keakhir hayat. Aku CinTa Kamu....

1 ulasan: