Ahad, 1 Ogos 2010

Rumah adalah syurgaku

Aku dan suami telah mengambil kata sepakat untuk memiliki rumah sendiri pada tahun 2002. Walaupun keadaan ekonomi keluarga kami pada masa itu tidak berapa teguh kerana aku masih belum mempunyai pekerjaan tetap namun keinginanku untuk memiliki rumah sendiri amat tinggi maka dengan sedikit usaha gigih dan cabaran ...akhirnya kami berjaya membeli sebuah rumah. Oleh kerana suamiku bekerja dengan kerajaan maka segala urusan pinjaman perumahan tidaklah terlalu sukar.Pergi sain perjanjian siap dapat duit lagi tau!!!!
Rumah ini amat istimewa kerana apabila melangkah masuk aje terasa tenang melihat pokok - pokok bunga yang ditanam sendiri hidup subur didalam pasu, juga terdapat satu sudut taman kecil hasil tangan suami ku sendiri. Pasu - pasu bunga diatur rapi menarik perhatian ku.Cukup rasanya bersantai dikeliling rumah.Kalau tak percaya marilah bertandang ke rumah ini....hehehehehehe..silakan2.

susunan "Mother Tounge"

suami ku amat berminat menanam pokok buluh kuning..katanya nampak nature...disamping tu terdapat juga satu rimbunan pokok kesidang yang berbau harum (lemak pandan) yang hidup subur atas pergola.

Ini adalah pangkal pokok kesidang yang penuh diatas pergola.

3 ulasan:

  1. http://projekdiy.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. salam kenal awak.. tq sudi komen di blog saya.
    anyway, memang cantik la rumah awak...
    teringin nak ada pergola dengan pokok bunga kertas kat atasnya.

    BalasPadam
  3. hai aida awie ..terima kasih atas pujian awak...dan pujian ini saya 'anugerahkan' kepada suami saya kerana dia banyak membantu dalam merealisasikan sebuah taman di kediaman ini....
    Semoga Aida dapat mencapai hasrat memiliki pergola sendiri..kalau DIY lagi amat bermakna tau..

    BalasPadam