Sabtu, 26 Mac 2011

Puding Roti Vs Sos Kastard

PUDING ROTI vs SOS KASTARD
  
 
PUDING ROTI

emm ...saja jer upload gambar puding roti dalam facebook aku..tak sangka pulak ramai betoi yang tanya resepi specialy dari adik-adikku yang baru berumahtangga...wahh berkobar2 semangat mereka untuk mencuba resepi dan memasak didapur sendiri...teruskan usaha dan niat murni ...

Resepi ni pun aku dapat dari fb @kongsi resepi...memang banyak wanita/suri rumah yg sudi berkongsi resepi kat sini...dan bila dicuba semuanya menjadi sebab apa yang mereka tulis semuanya bersandarkan pengalaman masak sendiri....bukannya seperti dalam sesetengah buku resepi kadang kala tak menjadi ada yang sesetengah tu bahan bahan yang ditulis seolah-olah tak masuk akal atau tak relevan langsung dengan gambar yang diberi...ini dari pengalaman dan permerhatian saya sendiri lerr..

Berbalik cerita puding roti yang saya buat...resepi nih saya ambil dari fb @kongsi resepi...tapi dek kerana nak masak sangat pada hari itu ...masuk kedapur hanya ada roti ,telur ,tepung shaja...jadi terpaksa lah aku kretif ..gunakan apa bahan yang ada..tetapi masih lagi mengikut skill...
Susu segar ..stok dah habis jadi aku gantikan dengan susu dugro perasa 'Strawbbery' anak aku....lepas tu esen vanila pulak dah abis jadi aku gantikan denga esen 'Strawbbery' juga kebetulan masih berbaki...
aku selongkar dalam peti ais ..kot2 masih ada kismis..alhamdulliah masih ada stok tapi sikit ..jadi lerr kemudian aku ternampak ada 3 biji buah epal masih dalam keadaan elok...aku pun dah lupa bila belinyer...api masih 'good condition' mungkin kerana peti tu 'intelligent' kot guna teknologi nano ; boleh mengekalkan kesegaran dan memelihara vitamin... :)



erkk - peti ais baru yerr

Disini aku turunkan serba sedikit resepi Puding roti...

3 -4 keping roti - dipotong 4 dan disapu dengan butter
3 biji telur
1/2 cwn gula
1 tin susu cair @ 2 gelas susu segar
1 tin air
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar butter
untuk hiasan boleh gunakan kismis dan epal

cara cara membuat puding
- Blend telur, gula, susu, air, butter,tepung dan esen vanila.
- Susun roti dalam loyang dan taburkan kismis dan epal yang dihiris nipis2.
- Tuangkan bahan2 yang telah diblend tadi. Biarkan dalam 15 minit.
- Bakar pada suhu 160 hinga 170 darjah celcius selama 1 jam.
cara cara membuat sos kastard
1 tin susu sejat
1 biji telur - dipukul terlebih dahulu
2 sudu tepung kastard - dicairkan denga sedikit air
1/2 cwn gula

- masukan susu sejat ,telur ,tepung kastard dan gula serta esen vanila dalam periuk
- masak atas api sederhana dan kacau hingga pekat
- bila sudah masak tutup api dan sejukkan dalam peti ais..
- tuangkan sos ini keatas puding dan sedia dihidangkan..


Puding roti & sos

 Dek kerana sos kastard yang aku buat terlalu sejuk dan sedap macam aiskrim...anak -anak aku siap hirup lagi...jadi sos dia habis dulu dari puding...jadi aku pun cuba cicah ngan kari ayam..emmm boleh tahan juga rasa macam makan roti cicah gulai....apa lagi abis sepinggan ...kalau u ols nak try silakan..


hanya Puding roti yang tinggal


+


Kari Ayam


Selamat Mencuba... 

 







 
 


Jumaat, 25 Mac 2011

Seranggan Serangga Perosak (White Fly)

Pokok Lada diserang serangga ......

Serangga apa ni yer..putih2 macam habuk kekabu...dia buat sarang pada belakang daun - daun lada, bila diusik memutih- mutih terbang macam habuk kekabu jerr...



Bila find dlm internet..nama nya  :~ White fly - Sejenis serangga penghisap cairan tumbuhan. Biasa terdapat di sebelah bawah daun

kalau bahasa kampung dia panggil "BENA"...serangga nih buat sarang dan hidup dibawah daun ...dan daun tersebut akan jadi kekuninggan dan akan gugur sehinggalah satu pokok boleh mati akibat kekurangan air...hushh bahaya tu..tindakkan segera perlu diambil.


Mereka cadangkan guna racun serangga ...tapi kalau boleh aku tak mau guna racun sebab nak kekalkan cara tanaman sayuran organik (cewahh).
Ada seorang rakan mencadangkan guna
  'Air basuhan BERAS'.....  emm ..ok jugak tu..jadi aku cuba ..nanti kita tengok hasilnya selepas seminggu...





Kita cuba tengok hasilnya setelah seminggu yerr...mujarab ke tak cara ni...

Ahad, 20 Mac 2011

Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu Kelate....

Makan -makan di Pasar Siti Khadijah

Cuti sekolah 12 ~ 15 /03/2011 - balik Kelantan...emm lama tak balik ..bawa anak - anak pusing Kota Bharu...best juga sebab tak ramai sangat orang kat bandar...jadi parking kereta tak lah susah sangat..tapi jalan tetap jem sebab kereta semakin bertambah tapi jalan raya tetap di takuk lama ..nak buat camner...

Perut dah lapar ..apa kata kita lunch kat gerai makan yang terletak di tingkat 1 Pasar Besar Siti Khatijah...
emmm banyak nyer lauk...undang besar pun ada...emm lauk semua saiz XL..puas hati..harga pun tak berapa mahal boleh dikatakan berpatutan...tempat makan pun dikira selesa tetapi cara jualan masih macam dulu - dulu....

3 orang budak lapar tengah tunggu nasi....hihihihi


emmm...sedapnya Aliff makan nasi lauk ayam pedas gulai kari..nyum..nyumm
tapi air dah abis segelas...kena top-up ngan air kosong...

Lauk Udang besar masak sambal...yumm..yumm


Ini dia 3 orang anak penjaga pintu masuk Istana Kota Lama,
Kota Bharu....kih..kih..kih


Khamis, 17 Mac 2011

Tanam Sawi

Memetik Sayur Sawi

Sawi nih dah masuk minggu ke-4, tapi daun dia dah tak nak besar dah
jadi sebelum ulat bulu makan daun ...baik kita petik dulu...

 Selepas dipetik sebaik - baiknya kita bilas dulu daun - daun sayur ini untuk kekalkan kesegarannya...hasil tuaian lebih kurang 300gram ...ok laa tu cubaan pertama menanam sawi dalam pasu...dan ini laa hasilnya..rasa sangat seronok semasa memetik hasil...hehehehe

Oleh kerana,sawi ini aku petik pada sebelah pagi..jadi makan tengahari, aku masak sawi ni lerr...alah goreng biase2 ajerr...



 Sawi Goreng Ikan Masin

Bahan-bahan adalah seperti berikut :-

1)Sawi segar
2)bawang putih,bawang merah -hiris nipis2
3)cili padi - ini pun hasil dari kebun
4) ikan masin tenggiri jeruk (dlm botol)
5) sedikit minyak untuk menumis
6) garam dan serbuk perasa (sekiranya perlu)


Cili padi - tanam sendiri




Cara memasak :-
Cuci sawi dan potong mengikut selera anda,kemudian bawang merah,putih dan cili padi di mayang @ hiris nipis..kemudian panaskan minyak dalam kuali ,tumis bahan seperti bawang,cili dan ikan masin...bila garing sedikit masukkan sayur sawi yang telah dipotong ...perlahan kan api..tambahkan sedikit garam dan serbuk perasa...tutup api dan sedia dihidangkan...

Walaupun simple tapi rasanya hurrrmmm..sungguh sedap...
tak percaya ..cuba ler masak..


Sawi Goreng Ikan Masin




Maka betul perpatah kalau kita rajin berbudi pada tanah maka dapatlah kita menikmati hasilnya.
semangat menanam sayur semakin berkobar2 ni ...so usaha menyemai semula benih sawi akan diteruskan dan dipanjangkan dengan sayur-sayur  yang lain seperti , bayam,terung,kacang panjang,bendi dan lain-lain...Insyaalah..

JOM Berkebun......