PEGAGA BESAR - sesuai mesin dan minum jus nyer untuk awek muda |
SERAI - ramuan wajib untuk buat rendang dan tomyam |
CILI API - masalah cili yang aku tanam nih buah dia tak mau merah mungkin spesis hijau kot..tapi pedas tetap pedas. |
CILI BURUNG - emmm memang terangkat pedas gilerr |
DAUN KESOM - ini ramuan utama Asam Pedas...slurppp |
DAUN CEKUR - yang ini aku taman jerr tak pernah guna pun samada daun atau ubinyer... |
POKOK HALIA - sekiranya stok halia habis emmmm.... ini kira stok kecemasan lerr |
LIMAU KASTURI - perah buat jus... |
POKOK LENGKUAS - aku tanam dalam pasu sebab senang nak gali bila diperlukan. |
DAUN LIMAU PURUT - ramuan untuk tomyam,paprik ,rendang dan daun nya boleh digunakan untuk sauna...wangi |
PANDAN WANGI - ramuan untuk nasi lemak,bubur dan macam2 lagi |
DAUN PUDINA - untuk suami ku....hehehehehe |
POKOK DOKONG - aku abadikan gambar pokok ini sebab riwayatnya mungkin tak lama ,terpaksa ditebang kerana berdekatan dengan kolam yang bakal dibina....huhuhuhuhu |
POKOK KEDONDONG - pokok ini milik jiran tetapi buahnya sudah melepasi sempadan....maka hasilnya kami tuai lerr... |
Projek kitchen garden aku panjangkan dengan projek terbaru iaitu percubaan menanam sawi dalam pasu.
Ini bertujuan supaya senang dikawal dan dialihkan...kalau guna batas mungkin cerewet dan perlukan kawasan yang luas...jadi kami cuba cara ini guna pasu semaian...sebab tak der polibag...
SAYUR SAWI
Anak Sawi - yang baru diubah /semai |
Susunan pasu sawi - letak tepi dinding sebab kawasan sini redup sikit. |
Usia sawi masuk minggu ke-2 ..minggu ke 3 boleh tuai kot...sebelum ulat daun santap dulu..hehehehehe. |
Untuk tanam sayuran dan herba ni..aku pakai baja tahi kambing (ori punyer) ..entah mana laa suami aku dapatkan bekalan...hehehehe...tapi hasilnya ok dan memuaskan.
Sekian...