bawa kakak (nurul aieyshah)
janji temu dengan pakar jantung
alhamdullilah semua ok dan seperti yang dirangcangkan pembedahan menutup lubang VSD dan ikat saluran PDA yang dilakukan 4 tahun lepas berjaya sepenuhnya ....cuma masih perlukan lagi rawatan susulan 2 tahun sekali di IJN.
Lega rasanya hati.....tapi rawatan susulan masih perlu kata doktor ...untuk memantau lubang yang terjadi dibawah injap akibat jahitan semasa menutup lubang VSD ..tapi doktor cakap situasi ni normal dan biasa berlaku..tak perlu risau lebih....Tapi pembesaran anak ini perlukan perhatian lebih sikit.
Klinik Pediatrik Ortopedik baru lengkap dengan kemudahan nursery - baru rasa selesa menunggu giliran,anak2 ni pun tak lah rasa bosan...daftar masuk 10.30 am - siap checkup 1.30pm..emm bayangkan betapa lama nya menunggu giliran...kesabaran kena tinggi nak buat cam mana ini adalah fenomena biasa kat IJN nih...kes kecemasan akan didahulukan..
nice article....nice photo..
BalasPadam