Selasa, 25 Januari 2011

Rajinnyer dia.....



Anak2 semua dah tidur.....Sunyi laa plakkk...nak buat aper yerrr??????

Pandang atas almari bersusun bakul buah...emmm buat deko laa sikit kat bakul nih...
mana bekas ajaib (ada gunting,reben,jarum,bunga,kain renda dll).Ok semua ada....

Sejam kemudiann.........
Bakul barang2 baby

Kotak tissue ComELLL
Gubahan Bunga - Botol Spesimen
Bingkai Gambar KawenKu - English Style
Rose Vantage


Ahad, 23 Januari 2011

Mentari Senja

Sabtu 22 Jan 2011 ....nampaknya budak- budak ni macam bosan jer duduk main kat keliling rumah, aku pun suggest kat hubby ajak gi makan angin kejap kat sekitar Lumut...apa lagi masing- masing terus masuk dalam kereta dan ambil tempat masing - masing.
Destinasi kat tepi pantai Teluk Batik.Oleh kerana jam dah pukul 7 lebih (dah nak magrib)...tiba-tiba anak -anakKu terpaku melihat pancaran warna merah dikaki langit emmm....matahari nak terbenam @ Sunset...
"ummi abah tengok tu"

Husband ku bagi tahu "every day there are only 2 minutes to enjoy the sunset" itu pun pada keadaan cuaca yang sangat baik pada sebelah petang ....emmm memang pun sekejap jerrr pastu matahari pun terbenam...tapi suasana pada masa tu memang romantik.Betul memang romantik tengok gambar nih...kalau dapat shoot dengan kamera yang lagi canggih ..emmm lagi cantikkk...tapi ini pun dah cukup cantik bagi Ku...




3 beradik ni sedang menikmati suasana 'sunset'

SUNSET on 22 January 2011

Amboii - cantiknya matahari tu...nampak dia jalan turun ke bawah

So sweet...

emmm..bestnyer tengok matahari nak balik tidur

bye..bye..good night

Sedang menikmati panorama senja di Ufuk

Panorama senja....buleh buat cover love story nih...
romantikknyerr

hehehehehe...   


  Nampaknya hari ini anak -anak ku dapat satu lagi pengalaman baru dalam hidup mereka iaitu  "How to feel Sunset"...ku lihat mereka begitu gembira hari ini kerana dapat menikmati suasana waktu Senja sebenar.......Ok2 dah tu semua naik ..jom2 balik hari dah Maghrib....

Jumaat, 21 Januari 2011

Hari Jadi......daa

Hari ni 20 Jan 2011
sangat seronok...emmm bukan sebab hari cuti Thaipusam ekk...tapi sebab satu Malaysia cuti dan hari ini hari jadi ku yang ke 35....huhuhuhu banyaknyer angka. Apa yang syok nyer ialah cuti yang tak payah di 'apply' untuk celeberet hari jadi ku...
So..kami anak beranak setuju gi berkelah kat 'Ulu Licin- Beruas "... turut serta @erdaernie...maklum laa lama sudah tak bawa anak2 ini mandi kat hutan (air terjun).

 Walaupun anak2ku ni tak berapa nak sihat
 (masih selsema dan batuk) tapi diorg ni tabahkan hati
untuk main air sungai yang sejuk ini. Macam-macam
aktiviti yang dilakukan selain main air,ada yang main pasir,main batu,buat kolam ikan,tangkap anak ikan,buat selat melaka,buat danga bay,buat rumah api dan macam-macam laaa.

 Ini @erdaerni dan @Nurulaieyshah...berposing

Antara aktiviti- aktiviti yang dijalankan oleh anak2 ku.



Ini tengah duk buat bukit untuk rumah api,Selat Melaka 
dan Danga bay.Time ni saper2 jangan duk kacau arkitet nih duk buat mini model pelabuhan.Saper2 kacau siap kena belasah...huhuhuhu


Yang ini princees aieyshah ..tak abis2 posing dalam air.. peace

Berenang ekkk ..kuak kura-kura

aha....ini kolam ikan kecik...so cute hasil sentuhan ummi



Anakanda aqil tengah cari ikan...mana ikan ni ekk...








Ini permandangan hutan ulu licin....
tu tukang susun batu...hehehehe

Abah dengan aktivitinya...susun batu








Sedar tak sedar jam dah pukul 3 petang ...maka sudah tiba masa untuk berangkat pulang....masing-masing dah penat tapi masih ada yang tak mau balik..nak tak nak kena balik juga. Cuaca hari ni amat mengizinkan.Walaupun tiada hidangan cake besday..tapi sambutan hari jadi ku sangat bermakna dengan hidangan nasi biriyani ayam madu....huhuhuhu konon nak elak fat tapi terlebey fat laaa plakkk...apa-apa pun thanks abah sebab sponser makanan untuk picnik ari ini...i love you so much..muahhhh

Kad ucapan dan hadiah ......wuikk bestnye dapat hadiah...





hadiah dari Abah dan Anak-anak
Cantik Kotak Hadiah

Jeng,,jeng....uppsss peralatan berkebun....apa makner nyer....hihihii   lepas ni kena rajin jengguk pokok kat luar laaa


Ini pula hadiah dari @erdaerni

Cermin muka dengan hiasan ala 'English style'


Ini hadiah dari @ErnieFadzlinawati & @TamanFirdaus
Tudung saji kecik + talam buluh...beli kat Melaka...comel kan..



 Wahhh meriahhnya hari jadi tahun nieee....

Selasa, 11 Januari 2011

Institut Jantung Negara

IJN - 23/12/2010
bawa kakak (nurul aieyshah)
janji temu dengan pakar jantung
alhamdullilah semua ok dan seperti yang dirangcangkan pembedahan menutup lubang VSD dan ikat saluran PDA yang dilakukan 4 tahun lepas berjaya sepenuhnya ....cuma masih perlukan lagi rawatan susulan 2 tahun sekali di IJN.

Lega rasanya hati.....tapi rawatan susulan masih perlu kata doktor ...untuk memantau lubang yang terjadi dibawah injap akibat jahitan semasa menutup lubang VSD ..tapi doktor cakap situasi ni normal dan biasa berlaku..tak perlu risau lebih....Tapi pembesaran anak ini perlukan perhatian lebih sikit.



 Klinik Pediatrik Ortopedik baru lengkap dengan kemudahan nursery - baru rasa selesa menunggu giliran,anak2 ni pun tak lah rasa bosan...daftar masuk 10.30 am - siap checkup 1.30pm..emm bayangkan betapa lama nya menunggu giliran...kesabaran kena tinggi nak buat cam mana ini adalah fenomena biasa kat IJN nih...kes kecemasan akan didahulukan..


Ahad, 9 Januari 2011

Melawat Melaka - 25/12/2010


Bersama keluarga pergi melawat Melaka..... turut serta Erdaernie,ErnieFazdlinawati dan TamanFirdaus...selaku pemandu pelancong ..

Kami bertolak dari rumah mak Lanchang petang Jumaat terus ke Nilai dahulu ..singgah sahur di rumah mak ngan pak ngah bebudak nih...di Taman Gadong Jaya.



Keesokkan pagi tu baru kami dari Nilai bertolak ke Melaka..perjalanan lebih kurang 1jam...ikut jalan kampung (tak melalui h/way) sajer nak tengok permandangan kampung2,binaan rumah2 minang kabau dan pemandu pelancong kami bercerita serba sedikit berkenaan suku2,puak2 orang2 negori sembilan nih...

Tu dia pemandu pelancong kami yang setia dan sabar melayan kerenah kami anak beranak...hahahaha
tampil bergaya ngan mpv cheery NCG 3699....
Destinasi kami pertama ialah Makan Hang Tuah...kami tunjukkan pada anak2 bahawa inilah tempat persemadian HangTuah yang merupakan hulubalang dan lagenda negeri Melaka. Setelah selesai memberi salam dan bacaan Al-fatihah kami beransur ke Perigi Hang Li Po...tak masuk cuma lihata dari luar jer...sebb aku nih pantang sikit ngan kubur cina yang ada kat sekeliling Perigi tu...hehehehe..

Gambar ngan anak2 dan Erdaerni...
 Betapa panjang nya Makam Hang Tuah....mungkin orgnya begitu tinggi ekk...
 Tak Melayu Hilang Di Dunia....cuma meninggalkan dunia ni ajerr...hihihihihi

Aku mengambil kesempatan bergambar ngan 'Hang Man'..penjaga setia makam Hang Tuah..hehehehe...kelakar kan...siap ngan tombak lagi tu posing...berlatarbelakangkan tanah perkuburan lama...eheheheheeee....

Destinasi seterusnya : Kota A Famosa


 Anak2 ku bersama mak2 sedaro yang sanggup melayan kerenah diaorg....
Muka anak2ku yang memang tak reti penat mendaki sampai keatas kota A Famosa ni..
Kubu ini dahulu yang bertindak sebagai kubu,rumah api dan gereja penjajah Portugis...disekeliling kota ini terdapat perkuburan orang2 penting penjajah Portugis ...
belakang anak2 ku berposing tu merupakan Penutup Kubur yang dipindahkan keatas kubu bagi tatapan umum ... harammm takut bebudak nih...aku pulak yang kenaling...