Jumaat, 6 April 2012

Hantaran Kahwin dan Bertunang

BARANG HANTARAN


Kami menyediakan perkhidmatan membuat gubahan barang hantaran . Caj yang dikenakan tersangat lah murahh sampai tak der apa yang nak dicaj..murahkan ..kua..kua..kua

gubahan untuk SONGKOK yang digandingkan dengan
tasbih


gubahan untuk - KAIN PELIKAT yang dijadikan
kotak tisuu

gubahan untuk KAIN PASANG yang dijadikan givebox - digandingkan
dengan hiasan burung merpati 2 sejoli agar nampak lebih exclusive..

gubahan untuk SEJADAH yang dilipat seperti kipas atau susunan
kertas bertingkat-tingkat bagi menampakan kelainan & reben putih digunakan
untuk menampakkan lagi lipatan pada gubahan.

gubahan untuk MANISAN yang merupakan dodol dan gelembung buaya
sebagai simbolik makanan Melayu Kelantan

nampak exclusive kan..kan..kan

gubahan untuk BAKUL BUAH-BUAHAN - buah-buah seperti  oren dan epal
amat sesuai disusun mengelilingi bakul dan bertingkat-tingkat
gubahan ini juga diberi hiasan birdnest sebagai simbolik ikatan.
 iyerr larr tuuu

3 hari 3 malam - masa yang diambil untuk menyiapkan  gubahan
ada yg terpaksa amek mc kerana nak siapkan benda alah nih..huhuhuhuhu


English Stail Che Ina


Beg-beg cenderahati untuk tetamu pilihan....caj bergantung bahan-bahan
yang hendak di isi ekkk

Puluh Kuningg


Kepada saper -saper yang berminat nak kasi kita kerja -kerja mengubah ni  sila tinggalkan komen  anda dan no phone sekali ekkkk

Sekian

Cik Erda kita Bertunang - 25/12/2011

SELAMAT BERTUNANG
CIK ERDA & EN DIN
25 December 2011

Orang sibuk buat kenduri kawin...dia pun sibuk nak bertunang tapi majlis plan sederhana jerrr...buat yang wajib2 jer tapi tup..tup..tup dah macam kenduri kawen plak jadinyerr...rombongan pihak yang nak datang meminang sampai 9 buah kereta + mpv padat dan sarat...kalu nak dihitung dah dekat 50 org ...harap-harap ini merupakan petanda baik buat Cik Erda kite ekk.. 
Muka orang yang nak kena pinang bukan main berseri-seri lagi pada hari tersebut...hahahahahahaha
aura dari dalam larr konon....  : D
cerrr tengok gambo tuu..

CIK ERDA
Laworr gilerr - berat badan dah turun kat ngan 5 kilo  nih..
muka berseri- seri terrr....huhuhuhu
Disebalik muka yang berseri - seri tu sebenarnya ada cerita macam nak sedih,pilu terkilan , terhutang budi pun ada.. pada pagi tu juru-mekap yang Cik Erda lantik tiba-tiba nak tukar posisi plak ..dia nak jadi jong dapurrr tak der mood nak mekap muka orang ...apa lagi kelam kabut jadinyerr...nak suruh akak mekap...aku pun pandai sapu bedak kompek ngan gincu jerrr..huhuhuhuhu sedeyyy Cik ErdA


Dalam kelam kabut tuuu..sbb jam dah pukul 11.00 am tetamu nak datang kul 12.00pm ...nasib baik ada kakak ipaq Cik Erda yang baru sahaja khatam kursus groomingg kat hotel menghulurkan bantuan...barang semua dah ada apa lagi...testt powerr lerr...nasib menjadiiii...melihat akan kecantikkan Cik Erda selepas kena soleh bersusun anak dara dan mak dara minta di grommmmkan oleh Mek Leng kita...hehehehe good job Mek Lengg..


Barisan muka- muka yang sudah disapu bedak oleh
Mek Lengg


Tetamu dah sampai - ini sesesi pengenalan ahli rombongan -
nampaknya mereka nih dah ada skrip sendiri depa cakap cukup jelas
tersusun dan teratur....

Barang hantaran


Acara selepas perbincangan - sarung cincin risik dan tunang
oleh mak  dan nenekanda pihak lelaki.

graniss turn..

Keluarga belah pihak lelaki...


Keluarga Cik Erda - lookss Blue


Korang tunang jerr tau - belom kawen lagi belakang tu
pelamin orang lain tuuu...

Segmen tayang cincin tunang dan jari jemari cubby

Kudapan untuk tetamu - sponser by Kakak Cik Erda




Tengok kan meriah gilerr majlis tunang Cik Erda semua orang kelihatan BIRU...
nanti kita tunggu majlis kawin dia plak
on 1st June 2012...
depa borak nak bawak rombongan ke Kelantan nanti 2 bijik bas....
kita tungguuuu

Kawen Haris 17/12/2011 - Masjid Daerah Tapah & Bidor Perak

SELAMAT PENGANTIN BARU
 BUAT 
HARIS & IILA

17 Dec 2011 & 25 Dec 2012


Majlis Pernikahan di Masjid daerah Tapah dan kenduri di Bidor ,Perak...

Pengantin Perempuan ... ayunyer

setelah sah menjadi suami - isteri (lihat muka gembira mereka  tatkala ini syaitan
meraung-raung sbb anak2 adam ini sudah terlepas dari  terjerumus ke lembah maksiat dan zina).... :)

Majlis berarak barang- barang hantaran - lokasi Rumah Pengantin Perempuan  di Bidor

Antara barang- barang hantaran - ada juga 1-2 hasil kerjatangan ku yang
tak berapa nak kretif...guna bahan2 kitar semula..kui..kui..kui

Majlis batal air sembahyang - padahal dah lama pun batal kih..kih..kih

Pengantin bersama Bonda dan Nenekanda...

Alaihai cutenya gambarr

ada drama sikit....kua..kua..kua

Majlis Sambut Menantu - di Kampung Makam Mersing Johor - pada 25/ 12/2011



AJK - antara muka2 Ahli Jong Kalut dehhh ..cutee takk

Bersanding lagiiii...........

Pengantin tengah tengok silat - tengok jerr walau pun tak faham pebenda ekk
senyum jerr lerrrr



Kami sekeluarga berharap dan berdoa agar Haris & ILLa..berbahagia hingga ke hujung nyawa...persefahaman, perbincangan, kebolehan menerima kelebihan dan kekurangan antara suami isteri, kesetiaan dan kejujuran dalam cinta dan keluarga adalah kunci dan dalam masa yang sama merupakan senjata utama mengekalkan mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jauhi sifat tamak,kedekut, berkira , berpura-pura, tidak ikhlas dengan pasangan yang mana ianya boleh mengundang kepincangan dlm perhubungan. Semoga dengan perasaan yang dilalui dan rasai pada hari ini akan diingat dan kecapi selama-lamanyaaaa
.... InsyaAllah ....

Jumaat, 28 Oktober 2011

Cheese Cake @ Kek Keju

Belajar buat cheese cake sendiri....

Kami satu family memang suka sangat makan kek nih...walaupun kat pasaran harganya agak mahal berbanding dengan kek- kek yang lain...sudah tentu satu masa dahulu "Secret Resepi" lerr jadi pilihan terbaik untuk menikmati potongan cheese cake ini..dan harga dari  $5.5o  hingga sekarang dah cecah $7.5o satu slice tetap beli walaupun satu slice makan kongsi ramai-ramai..(itu yang meyebabkan kek tu semakin lazat dan berkrim tu). Akan tetapi sejak akhir-akhir ini timbul pulak keraguan dan was-was dalam diri akan sifat 'HALAL' kepada makanan itu...kerana banyak pihak mendakwa akan penggunaan bahan2 pengawet dan bahan sampingan dalam pembikinan kek itu adalah tidak halal...yg menyebabkan secara automatik kek yang dihasilkan tidak halal unuk dimakan.
Saya ada menonton dalam AFC - Sugar with Anna Olsan...rancangan masakan terbitan Kanada...saya ikuti siaran dia macam mana nak buat classic cheese cake dan macam2 bentuk cheese cake yg lain...huhuhuhu sememangnyer perempuan ini menggunakan "BRANDI" dalam pembikinan kek dia sebagai bahan pengawet...
DAn bermula dari sini lah saya cuba mencari resepi dan cuba buat sendiri kek ini. Hanya dengan cara ini sahaja kita dapat melindungi diri kita dan keluarga dari termakan benda2 yang haram di sisi Islam. Bermula dengan memilih bahan dan cara penyediaan kek ini kita sebagai ibu dapat pastikan apa yg terbaik sahaja dihidangkan untuk keluarga...
Rupa-rupanya cara penyediaan kek ini amat mudah sekali berbanding dengan cara meyediakan kek biasa-biasa...ianya tidak memerlukan tepung gandum yg banyak ,gula yg banyak ,telur yg banyak atau pun penggunaan majerin @ butter yg banyak....berbanding dengan penyediaan bahan untuk membuat sebiji kek biasa-biasa...Sudah tentu cheese cake ini lebih healty berbanding lain-lain kek.

Lihat perbandingan bahan2 yg diperlukan dalam pembikinan sebiji kek biasa-biasa dan Cheese cake :-

Bahan-bahan untuk Cheese cake :-
1) 500gram cream cheese
2)1/2 cawan gula
3) 2 sudu susu pekat ( kalau tak nak tak per)
4) 2 sudu tepung gandum
5) 1 sudu esen vanila atau boleh digantikan dengan perahan lemon kalau tak der lemon pakai pati sunquick pun tak per
6) 20 keping biskut marie @ biskut oreo
7) 2 sudu majerin atau butter
8) cuma 3 biji telur ayam gred A

Bahan- bahan untuk keke biasa- biasa plak:-
1) 2 1/2 cawan tepung gandum
2) 2 cawan gula halus
3) 1 1/2 cawan majerin @ sebata butter
4) 6 -7 biji telur ayam gred B
5) 2-3 sudu susu pekat
6) 2 sudu kecil esen vanila atau perahan lemon
7) 2 sudu kecil baking powder atau ovellet

kat sini kita dah dapat tengok perbezaan kuantiti bahan2 yg diperlukan dalam pembikinan sebiji kek..
cuma dalam proses pembakaran kek ..cheese cake menggunakan teknik 'waterbath'..iaitu masak menggunakan air panas atau wap air ...disebabkan oven yg ada dirumah saiznyer kecik jadi loyang yg ada kena di modifiet sikit ekkk..takper janji kek boleh masak dengan sempurna..dan hasilnya ...ummmm marvellouss...hehehehehhe   : - D

tarrraaaa.....

Ini dia...classic Cheese Cake wit fresh strawbbery...emmm yummmy
first try...alhamdulilah menjadi

Second cook - Choclate Marie Cheese Cake ..sedappp tapi yang ini
suhu oven lupa nak turunkan jadi terlebih gelap dibahagian atas.

Ini Oreo Cheese cake - dibuat atas permintaan anakanda yang dah pandai
belek dan baca buku resepi umi...emmm sedap sekali pandang jerr ...2 kali toleh
licinnnn....


Seronok rasanyer apabila kek yang dibuat mendapat pujian dari anak -anak & huby sayang dan licinn dimakan dan yang penting mereka dapat makan sepuas - puasnya berbanding dengan yang dibeli...

Sekiannn...

Isnin, 10 Oktober 2011

Intai-Intai kat Belakang Rumah

Apa yang ada,
nampaknya banyak sekali yg dah berhasil..."tips jimat cermat dapur"

Kacang Botol - dah mula mengeluarkan hasil..

Sawi - Fasa ke3 tanam...nampaknyer sikit hari lagi boleh tuai...

Sawi - Fasa ke4 ...

Bendi- penanaman Fasa ke2 

Bendi - pun dah mula mengeluarkan hasil

Box of Kangkung - dah banyak kali tuai...tanaman sayuran yg paling senang nak jaga

Ini pokok bunga yg aku semai..semai punyalah banyak tapi hanya
 yg ini yg panjang umur dan terus membesar...alhamdulilah

Petak semaian /didik pokok bunga "MOTHER TOUNGE" ini yg versi pendek..

Mother tounge ini sebenarnya anak angkat - hampir 2 nak kena buang oleh ibunya
...dek rasa sayang aku mintak bela....
sementara nih aku semai dalam tong cat dulu yerr..:)

Jumaat, 7 Oktober 2011

PERPUSTAKAAN MINI

Mini Library...

Hari ini terbaca beberapa petikan di blog2 kekawan mengenai "Cara Mewujudkan Satu Sudut @ Perpustakaan mini dirumah" emmm sangat menarik idea itu ...sememangnya satu langkah permulaan yg bijak untuk memupuk sikap suka membaca dihati dan jiwa anak2 kita nih...Anak kita nih selagi ibu dia tak menjerit suruh baca buku emm diorang buat2 tak ingat..bila baca buku diorang baca kat dalam bilik dekat depan tv ..tiada satu tempat yg exclusive untuk membaca...

En Norazman...apa macam menarik tak idea ini..boleh kita buat make over sikit tak kat rumah kita...

Nak buat sudut nih rasa2 tak memerlukan kos yg banyak pun ...cuma sedikit rak2 buku dan beli sikit2 bahan2 bacaan...

Dengar kata kerajaan juga memberi rebet pada cukai pendapatan atas pembelian buku@ bahan bacaan janji kita ada resit belian tunjuk jer kat pegawai tu semasa nak bayar cukai...rebet diberikan hingga RM1000....huhuhu banyak tu..rugi2 kalau kita tak claim. cukai tak yah bayar lagi dapat buku lorr....

Insyallah harap2 impian ini dapat dilaksanakan....

Contoh Mini Perpustakaan di Rumah....

Khamis, 15 September 2011

Jumpa Kawan Lama

Reunion SMK Kemumin ....pada 31/8/2011 petang hari raya kedua...dihadiri oleh 22 family...alhamdullilah akhirnya perancangan yg singkat ini menjadi kenyataan...bertemu buat pertama kali setelah lebih kurang 17 tahun berpisah ( lepas exam spm )....






Harap-harap kita da