Jumaat, 28 Oktober 2011

Cheese Cake @ Kek Keju

Belajar buat cheese cake sendiri....

Kami satu family memang suka sangat makan kek nih...walaupun kat pasaran harganya agak mahal berbanding dengan kek- kek yang lain...sudah tentu satu masa dahulu "Secret Resepi" lerr jadi pilihan terbaik untuk menikmati potongan cheese cake ini..dan harga dari  $5.5o  hingga sekarang dah cecah $7.5o satu slice tetap beli walaupun satu slice makan kongsi ramai-ramai..(itu yang meyebabkan kek tu semakin lazat dan berkrim tu). Akan tetapi sejak akhir-akhir ini timbul pulak keraguan dan was-was dalam diri akan sifat 'HALAL' kepada makanan itu...kerana banyak pihak mendakwa akan penggunaan bahan2 pengawet dan bahan sampingan dalam pembikinan kek itu adalah tidak halal...yg menyebabkan secara automatik kek yang dihasilkan tidak halal unuk dimakan.
Saya ada menonton dalam AFC - Sugar with Anna Olsan...rancangan masakan terbitan Kanada...saya ikuti siaran dia macam mana nak buat classic cheese cake dan macam2 bentuk cheese cake yg lain...huhuhuhu sememangnyer perempuan ini menggunakan "BRANDI" dalam pembikinan kek dia sebagai bahan pengawet...
DAn bermula dari sini lah saya cuba mencari resepi dan cuba buat sendiri kek ini. Hanya dengan cara ini sahaja kita dapat melindungi diri kita dan keluarga dari termakan benda2 yang haram di sisi Islam. Bermula dengan memilih bahan dan cara penyediaan kek ini kita sebagai ibu dapat pastikan apa yg terbaik sahaja dihidangkan untuk keluarga...
Rupa-rupanya cara penyediaan kek ini amat mudah sekali berbanding dengan cara meyediakan kek biasa-biasa...ianya tidak memerlukan tepung gandum yg banyak ,gula yg banyak ,telur yg banyak atau pun penggunaan majerin @ butter yg banyak....berbanding dengan penyediaan bahan untuk membuat sebiji kek biasa-biasa...Sudah tentu cheese cake ini lebih healty berbanding lain-lain kek.

Lihat perbandingan bahan2 yg diperlukan dalam pembikinan sebiji kek biasa-biasa dan Cheese cake :-

Bahan-bahan untuk Cheese cake :-
1) 500gram cream cheese
2)1/2 cawan gula
3) 2 sudu susu pekat ( kalau tak nak tak per)
4) 2 sudu tepung gandum
5) 1 sudu esen vanila atau boleh digantikan dengan perahan lemon kalau tak der lemon pakai pati sunquick pun tak per
6) 20 keping biskut marie @ biskut oreo
7) 2 sudu majerin atau butter
8) cuma 3 biji telur ayam gred A

Bahan- bahan untuk keke biasa- biasa plak:-
1) 2 1/2 cawan tepung gandum
2) 2 cawan gula halus
3) 1 1/2 cawan majerin @ sebata butter
4) 6 -7 biji telur ayam gred B
5) 2-3 sudu susu pekat
6) 2 sudu kecil esen vanila atau perahan lemon
7) 2 sudu kecil baking powder atau ovellet

kat sini kita dah dapat tengok perbezaan kuantiti bahan2 yg diperlukan dalam pembikinan sebiji kek..
cuma dalam proses pembakaran kek ..cheese cake menggunakan teknik 'waterbath'..iaitu masak menggunakan air panas atau wap air ...disebabkan oven yg ada dirumah saiznyer kecik jadi loyang yg ada kena di modifiet sikit ekkk..takper janji kek boleh masak dengan sempurna..dan hasilnya ...ummmm marvellouss...hehehehehhe   : - D

tarrraaaa.....

Ini dia...classic Cheese Cake wit fresh strawbbery...emmm yummmy
first try...alhamdulilah menjadi

Second cook - Choclate Marie Cheese Cake ..sedappp tapi yang ini
suhu oven lupa nak turunkan jadi terlebih gelap dibahagian atas.

Ini Oreo Cheese cake - dibuat atas permintaan anakanda yang dah pandai
belek dan baca buku resepi umi...emmm sedap sekali pandang jerr ...2 kali toleh
licinnnn....


Seronok rasanyer apabila kek yang dibuat mendapat pujian dari anak -anak & huby sayang dan licinn dimakan dan yang penting mereka dapat makan sepuas - puasnya berbanding dengan yang dibeli...

Sekiannn...

Isnin, 10 Oktober 2011

Intai-Intai kat Belakang Rumah

Apa yang ada,
nampaknya banyak sekali yg dah berhasil..."tips jimat cermat dapur"

Kacang Botol - dah mula mengeluarkan hasil..

Sawi - Fasa ke3 tanam...nampaknyer sikit hari lagi boleh tuai...

Sawi - Fasa ke4 ...

Bendi- penanaman Fasa ke2 

Bendi - pun dah mula mengeluarkan hasil

Box of Kangkung - dah banyak kali tuai...tanaman sayuran yg paling senang nak jaga

Ini pokok bunga yg aku semai..semai punyalah banyak tapi hanya
 yg ini yg panjang umur dan terus membesar...alhamdulilah

Petak semaian /didik pokok bunga "MOTHER TOUNGE" ini yg versi pendek..

Mother tounge ini sebenarnya anak angkat - hampir 2 nak kena buang oleh ibunya
...dek rasa sayang aku mintak bela....
sementara nih aku semai dalam tong cat dulu yerr..:)

Jumaat, 7 Oktober 2011

PERPUSTAKAAN MINI

Mini Library...

Hari ini terbaca beberapa petikan di blog2 kekawan mengenai "Cara Mewujudkan Satu Sudut @ Perpustakaan mini dirumah" emmm sangat menarik idea itu ...sememangnya satu langkah permulaan yg bijak untuk memupuk sikap suka membaca dihati dan jiwa anak2 kita nih...Anak kita nih selagi ibu dia tak menjerit suruh baca buku emm diorang buat2 tak ingat..bila baca buku diorang baca kat dalam bilik dekat depan tv ..tiada satu tempat yg exclusive untuk membaca...

En Norazman...apa macam menarik tak idea ini..boleh kita buat make over sikit tak kat rumah kita...

Nak buat sudut nih rasa2 tak memerlukan kos yg banyak pun ...cuma sedikit rak2 buku dan beli sikit2 bahan2 bacaan...

Dengar kata kerajaan juga memberi rebet pada cukai pendapatan atas pembelian buku@ bahan bacaan janji kita ada resit belian tunjuk jer kat pegawai tu semasa nak bayar cukai...rebet diberikan hingga RM1000....huhuhu banyak tu..rugi2 kalau kita tak claim. cukai tak yah bayar lagi dapat buku lorr....

Insyallah harap2 impian ini dapat dilaksanakan....

Contoh Mini Perpustakaan di Rumah....