Jumaat, 28 Oktober 2011

Cheese Cake @ Kek Keju

Belajar buat cheese cake sendiri....

Kami satu family memang suka sangat makan kek nih...walaupun kat pasaran harganya agak mahal berbanding dengan kek- kek yang lain...sudah tentu satu masa dahulu "Secret Resepi" lerr jadi pilihan terbaik untuk menikmati potongan cheese cake ini..dan harga dari  $5.5o  hingga sekarang dah cecah $7.5o satu slice tetap beli walaupun satu slice makan kongsi ramai-ramai..(itu yang meyebabkan kek tu semakin lazat dan berkrim tu). Akan tetapi sejak akhir-akhir ini timbul pulak keraguan dan was-was dalam diri akan sifat 'HALAL' kepada makanan itu...kerana banyak pihak mendakwa akan penggunaan bahan2 pengawet dan bahan sampingan dalam pembikinan kek itu adalah tidak halal...yg menyebabkan secara automatik kek yang dihasilkan tidak halal unuk dimakan.
Saya ada menonton dalam AFC - Sugar with Anna Olsan...rancangan masakan terbitan Kanada...saya ikuti siaran dia macam mana nak buat classic cheese cake dan macam2 bentuk cheese cake yg lain...huhuhuhu sememangnyer perempuan ini menggunakan "BRANDI" dalam pembikinan kek dia sebagai bahan pengawet...
DAn bermula dari sini lah saya cuba mencari resepi dan cuba buat sendiri kek ini. Hanya dengan cara ini sahaja kita dapat melindungi diri kita dan keluarga dari termakan benda2 yang haram di sisi Islam. Bermula dengan memilih bahan dan cara penyediaan kek ini kita sebagai ibu dapat pastikan apa yg terbaik sahaja dihidangkan untuk keluarga...
Rupa-rupanya cara penyediaan kek ini amat mudah sekali berbanding dengan cara meyediakan kek biasa-biasa...ianya tidak memerlukan tepung gandum yg banyak ,gula yg banyak ,telur yg banyak atau pun penggunaan majerin @ butter yg banyak....berbanding dengan penyediaan bahan untuk membuat sebiji kek biasa-biasa...Sudah tentu cheese cake ini lebih healty berbanding lain-lain kek.

Lihat perbandingan bahan2 yg diperlukan dalam pembikinan sebiji kek biasa-biasa dan Cheese cake :-

Bahan-bahan untuk Cheese cake :-
1) 500gram cream cheese
2)1/2 cawan gula
3) 2 sudu susu pekat ( kalau tak nak tak per)
4) 2 sudu tepung gandum
5) 1 sudu esen vanila atau boleh digantikan dengan perahan lemon kalau tak der lemon pakai pati sunquick pun tak per
6) 20 keping biskut marie @ biskut oreo
7) 2 sudu majerin atau butter
8) cuma 3 biji telur ayam gred A

Bahan- bahan untuk keke biasa- biasa plak:-
1) 2 1/2 cawan tepung gandum
2) 2 cawan gula halus
3) 1 1/2 cawan majerin @ sebata butter
4) 6 -7 biji telur ayam gred B
5) 2-3 sudu susu pekat
6) 2 sudu kecil esen vanila atau perahan lemon
7) 2 sudu kecil baking powder atau ovellet

kat sini kita dah dapat tengok perbezaan kuantiti bahan2 yg diperlukan dalam pembikinan sebiji kek..
cuma dalam proses pembakaran kek ..cheese cake menggunakan teknik 'waterbath'..iaitu masak menggunakan air panas atau wap air ...disebabkan oven yg ada dirumah saiznyer kecik jadi loyang yg ada kena di modifiet sikit ekkk..takper janji kek boleh masak dengan sempurna..dan hasilnya ...ummmm marvellouss...hehehehehhe   : - D

tarrraaaa.....

Ini dia...classic Cheese Cake wit fresh strawbbery...emmm yummmy
first try...alhamdulilah menjadi

Second cook - Choclate Marie Cheese Cake ..sedappp tapi yang ini
suhu oven lupa nak turunkan jadi terlebih gelap dibahagian atas.

Ini Oreo Cheese cake - dibuat atas permintaan anakanda yang dah pandai
belek dan baca buku resepi umi...emmm sedap sekali pandang jerr ...2 kali toleh
licinnnn....


Seronok rasanyer apabila kek yang dibuat mendapat pujian dari anak -anak & huby sayang dan licinn dimakan dan yang penting mereka dapat makan sepuas - puasnya berbanding dengan yang dibeli...

Sekiannn...

Isnin, 10 Oktober 2011

Intai-Intai kat Belakang Rumah

Apa yang ada,
nampaknya banyak sekali yg dah berhasil..."tips jimat cermat dapur"

Kacang Botol - dah mula mengeluarkan hasil..

Sawi - Fasa ke3 tanam...nampaknyer sikit hari lagi boleh tuai...

Sawi - Fasa ke4 ...

Bendi- penanaman Fasa ke2 

Bendi - pun dah mula mengeluarkan hasil

Box of Kangkung - dah banyak kali tuai...tanaman sayuran yg paling senang nak jaga

Ini pokok bunga yg aku semai..semai punyalah banyak tapi hanya
 yg ini yg panjang umur dan terus membesar...alhamdulilah

Petak semaian /didik pokok bunga "MOTHER TOUNGE" ini yg versi pendek..

Mother tounge ini sebenarnya anak angkat - hampir 2 nak kena buang oleh ibunya
...dek rasa sayang aku mintak bela....
sementara nih aku semai dalam tong cat dulu yerr..:)

Jumaat, 7 Oktober 2011

PERPUSTAKAAN MINI

Mini Library...

Hari ini terbaca beberapa petikan di blog2 kekawan mengenai "Cara Mewujudkan Satu Sudut @ Perpustakaan mini dirumah" emmm sangat menarik idea itu ...sememangnya satu langkah permulaan yg bijak untuk memupuk sikap suka membaca dihati dan jiwa anak2 kita nih...Anak kita nih selagi ibu dia tak menjerit suruh baca buku emm diorang buat2 tak ingat..bila baca buku diorang baca kat dalam bilik dekat depan tv ..tiada satu tempat yg exclusive untuk membaca...

En Norazman...apa macam menarik tak idea ini..boleh kita buat make over sikit tak kat rumah kita...

Nak buat sudut nih rasa2 tak memerlukan kos yg banyak pun ...cuma sedikit rak2 buku dan beli sikit2 bahan2 bacaan...

Dengar kata kerajaan juga memberi rebet pada cukai pendapatan atas pembelian buku@ bahan bacaan janji kita ada resit belian tunjuk jer kat pegawai tu semasa nak bayar cukai...rebet diberikan hingga RM1000....huhuhu banyak tu..rugi2 kalau kita tak claim. cukai tak yah bayar lagi dapat buku lorr....

Insyallah harap2 impian ini dapat dilaksanakan....

Contoh Mini Perpustakaan di Rumah....

Khamis, 15 September 2011

Jumpa Kawan Lama

Reunion SMK Kemumin ....pada 31/8/2011 petang hari raya kedua...dihadiri oleh 22 family...alhamdullilah akhirnya perancangan yg singkat ini menjadi kenyataan...bertemu buat pertama kali setelah lebih kurang 17 tahun berpisah ( lepas exam spm )....






Harap-harap kita da

Selasa, 21 Jun 2011

Lawatan Bersama Anak - anak ke Bukit Bendera Pulau Pinang

Melawat Bukit Bendera....

1 JUN 2011 - bawa anakanda 3 orang ni pergi ke Bukit Bendera - seronok sangat dapat pergi lepas tengok satu cerita berlatar belakang Bukit Bendera...sibuk ajak pergi..memandangkan mak ayahnyer pun tak pernah sampai ke Bukit Bendera ,lepas selesai kerja di Ipoh kami pun pulas stereng kereta naik h/way utara selatan terus ke Pulau Pinang.

Anakanda ber-3 ni punya syok dan teruja bila dengar ayahanda bercerita mengenai fery Pulau Pinang dan Jabatan Pulau Pinang ( siap bukak cerita sejarah lagi tu ) hahahahaha dan lebih excitet si aliff ,bila dengar cerita kereta pun bulih naik fery...amboi tak sabar2 dia nak tengok...


Sampai daa..kat Penang Port - Pengkalan Sultan Abdul Halim
tunggu q naik fery ....

Tiket ferry..RM 7.70
muka- muka excitet nak naik feri 
nurul aiesyah - peace...

 Agak tak bernasib baik kami ni sbb pada hari tu fery cuma 2 buah sahaja beroperasi ...jadi kena tunggu lamer wesss...lebih kurang 1 jam kena tunggu Q....

Abah siap lentok lagi.....

Destinasi - terus ke bukit bendera memandangkan jam dah pukul 2 petang...sebab tak plan nak menginap di Pulau Pinang, cuti pun sehari jerr. Kami dimaklumkan oleh petugas di kawansan Bukit Bendera tu ..tren atau keretapi ni baru ajer di buka kepada orang ramai setelah berbulan-bulan di ditutup untuk kerja-kerja naik taraf ..keretapi digital (kawalan komputer sepenuhnya)...macam komuter la plak..

Nak beli tiket wajib tunjuk i/c ..baru dapat harga w/negara - dewasa Rm 8.00 dan kanak2 Rm 4.00 kalau pelancong luar negara...tiket arge Rm 30 hengget/person ..pergghhh ..untung jadi warga negara yang ada i/c.

Kami hanya di caj Rm 20.oo hengget (family pakej) ...huhuhuhu..save lagii.....

NAIK KERETAPI BUKIT BENDERA....yahooooo ( anak-anak menjerit ekkk )



view - Bandaraya Pulau Pinang - terpegun seketika ...
saujana mata memandang - memang besttt
sememangnyer salah satu tarikkan dari Bukit Bendera.


Sampai kat atas bukit kami disambut dengan udara dan persekitan yang cukup nyaman..macam kat CH pun ada..tapi bukit ni kawasannyer terhad...apa yg kami jumpa kat atas sana ....

1) pejabat pos 
2) pejabat/stor JKR
3) balai polis
4) rumah2 colonial
5) surau/masjid
6) kuil India pun ada...
7) resort/hotel
8) restoran Inggeris
9) taman halia
10) semut hutan (sais besar)
11) ulat bulu paling berbisa (kaler perang)eeeee....

rupa2nya Bukit Bendera ni pernah dijadikan pusat pentadbiran atau wilayah kecil di Pinang Pinang
satu ketika dulu..sekarang tak tau lerr pejabat2 tu masih beroperasi lagi atau tidak yerr...luper nak interview.

Anakanda semua dah kepenatan sebab diorg terjumpa kawasan permainan..apa lagi...move on jump on and tarzan time...last2 penat semua ajak balik Manjung...

Kesimpulan :- Hari ni dapat beberapa perkara yang boleh dikongsikan dengan anak-anak...


1) dapat pengalaman naik feri Pulau Pinang...bukan setakat orang jerr kereta pun boleh naik feri sekali...

2) dapat naik keretapi Bukit Bendera..keretapi baru pula tu..baru sebulan beroperasi..nasib baik perjalanan naik turun kami selamat..alhamdullilah..aminnn


3) dapat melalui jabatan Pulau Pinang. Jabatan terpanjang di Malaysia dan Asia.







Dan yang penting diorang ni dapat beli baju Pulau Pinang
sebagai tanda pernah melawat Pulau Pinang..aii..ce..ce..ce

Sekiannnn.....lawatan sempena cuti sekolah kali ini (JUN 2011) - syok walaupun sehari jerrr...


Jumaat, 20 Mei 2011

Endible Garden

KEBUN SAYUR
Tips jimatkan belanja dapur....

Hasil dari dengar taklimat "endible garden" oleh pegawai jabatan pertanian daerah manjung pada bulan march lepas..maka ilmu dipraktikan ikut idea sendiri...dan pada bulan mei, ini lerr hasilnya..kih..kih..kih... sori lerr lambat mula..
terima kasih pada Mr.Azman yang budiman lagi baik hati sebab tolong buatkan batas sayur yang amat cantik...

 My Edible Garden

 Pokok bendi taiwan - benih diperolehi dari Jabatan Pertanian Manjung..dia kasi sepuluh biji jer ..semai 5 biji yang hidup 3 pokok jer tapi cepat besar dan berbuah ..tinggi 1 kaki dah mula keluarkan hasil...bestnyerr masak asam pedas.
 Yang ini Kangkung - semai seraca berperinggkat supaya hasil dapat dikutip setiap minggu...senang jerr tanam dan cepat tumbuh..cepat besar..

Sangat sedap goreng belacan..ranggup jer sayur nih bila dapat masak yang fresh...

Ini pokok lada besar..mula mengeluarkan bunga ..hasilnya tak tau lagi..sama tak yang macam orang pertanian tu cakap...hehehehe

  Ini Pokok kacang botol @ kelisa..benih dia dari jiran sebelah...senang jerr tanam pokok ni main campak - campak jerr tepi pagar..tegok dia dah mula membesar dan melilit kat pagar... :)

Hasilnya tak tahu bila....
Bunga Bendi - pukul 7.30 pagi..ni tengah berkembang lerr nih...cantikan


Masih ada lagi benih yang diberi oleh jabatan pertanian yang belum disemai seperti benih terung dan sawi ..ahaa benih jagung manis pun ada...sebab kawasan tak cukup nak tanam...

Sekiann...

Penangan Chiken pox

Lagi Mengenai Chiken Pox......

Tiba giliran si 'abah' kena chiken pox....dah tua pun masih kena chiken pox. Kebanyakkan orang kata kalu kena virus pox ni masa tua ..teruk ... tapi memang pun Mr Doc pon cakap cam tu..biar masa kecil kena impak tak teruk sangat berbanding kalau orang tua yang kena.

(18/05/2011) jam 6.00 petang.
Mr.Abah kena memang teruk...banyak penyakit sampingan yg datang sehingga terpaksa dibawa ke bahagian kecemasan Hospital Seri Manjung sebab dua hari x boleh nak menelan apa makanan..nak telan air liur sendiri pun sakit yang amat..akibat dua hari tak boleh nak makan perut diserang gastrik,sakit dada apalagi terpaksa buat pemeriksaan jantung (ECG)..alhamdullilah keputusan tiada masalah dengan jantung ...darah diambil pada lengan belah kiri dan legan belah kanan kena masuk ubat..tunggu kat bilik kecemasan selama 1 jam...alhamdullilah sekali lagi tiada masalah berkaitan dengan darah..cuma doktor sahkan kena serangan Gastrik sebab tak makan dan terlalu banyak ambil panadol...huhuhuhu

Sudah jatuh ditimpa tangga....(19/05/2011) jam 7.30 petang.
Sekali lagi Mr.Abah kena bawa ke wad kecemasan, sebab allergik ubat tahan sakit..huhuhu..abis kedua- dua belah mata bengkak ..ini kali kedua dah allergik ubat tahan sakit untuk tahun ni..kesian kat abah...kat wad kecemasan tadi ada seorang doktor pompuan, agaknya tengah pegnant kot..lintang pukang keluar wad tak mau tengok muka abah yg dah macam katak puru...huhuhuhu..kesian..terukkan kalau dah tua-tua kena virus pox ni.



Chiken pox


Keadaan belakang badan pada hari ke-4

Esok cuti yang Hospital Angkatan Tentera (HAT) kasi dah habis..keadaan masih teruk..nampak nya kena sambung lagi lah kot..apa- apa pun tunggu esok....

Selasa, 17 Mei 2011

Demam Chiken Pox

Chiken Pox

Lama tak mencoret kat sini...huhuhu bizy giler kalau ada masa terluang dipenuhi dengan tuntutan mata,tilam dan batal yg empuk...bestkan tidur nak2 ari ujan....

Baru-baru ni satu family kena 'virus chiken pox'..kalau find kat internet ..baca macam serius jerr bunyinyerr tapikan nak buat camner kalau dah nak kena...Bermula dengan anak bongsu Aqil Iskandar (hehehehe bongsu lerr setakat hari ini)...pada mulanya demam dan dikuti dengan ruam...telepon nenek dia kat kampung nak buat camner..nenek suruh cari air kelapa..minum dan mandikan ...tapi si Aqil nih punyer colas nak minum last-last umi dia yg tukang habiskan...kesian seminggu macam 'beruk  makyeh' garu sana garu sini..habis bedak disuruh sapu dibadan...sesudah seminggu ..tiba2 Aqil mengadu gatal dibahagian leher dan celah paha..apa check2 ada bintil2 air..sah kena chiken pox pulak....bawa pergi 'Klinik 1 Malaysia' Manjung....doktor xder tapi diperiksa oleh MA yg berpengalaman kot (sebab dah tua) ...di cakap suspek chiken pox...haiiyaaa...sebab bintil2 yg naik kecik2....hanya kasi ubat gatal dan demam ..pastu puas aku mintak clamiane losen...3 kali mintak baru dia kasi...aduhh bajet betoi klinik nih....keesokkan hari bintil2 naik macam cendawan...gatal dan demam...Aqil Iskandar hanya mampu minum air jerr...makan tak lalu....berlalu seminggu baru baik...

Seminggu kemudian ingatkan keadaan kembali reda...sebab abang dan kakak tak kena...tup..tup..tup si kakak ..bagi tau 'umi ada bintik kat jari kakak....' lorrr turn kakak pulak kena...sehari kemudian giliran abang dia pulak naik tapi Nurul aieysah dan Nur Aliff nih tidak pula diserang demam dan sakit sendi...yang mengidap demam dan sakit sendi abah diorng pulak...siap ada chiken pox....daaa abah pula kena chiken pox...Abah dapat SOB dat Hat seminggu ekkk....aduss bestt.

Chiken pox punya pasal Nurul aiesyah dan Nur aliff terpaksa dikuaratinkan dirumah selama seminggu ..nasib baik sempat habiskan exam kalau tak rugi lerr...

Cerita pasai penyakit nih ..ubat farmasi cuma paracetemol, chlorpheniramine maleate,dan losen calamaine jerr...dan dinasihatkan minum air sebanyak mungkin...tapi satu lagi perubatan tradisional yg berasal dari tradisi masyaratkat India itu menggunakan daun mambu . daun ini mampu mengurangkan rasa gatal dan tidak selesa ...setelah dicuba memang ada kebenarannya. Dari tak tahu tak kenal pokok ni..sekarang umi dah kenal dan tahu mana nak cari...rupanya2 pokok ini memang banyak ditanam oleh masyarat india kat sini..jadi kalau nak cari pokok ni pergi jerr kat rumah mereka ,mintak memang diorang kasi.

Cara berubat menggunakan daun ni ada 2 kaedah pertama; Ambil daun mambu ni rebus sebentar dan ambil air rebusan yg telah suam ..mandikan pesakit chiken pox tak pun kalau malas nak rebus cukup dengan meramas daun tersebut dalam air dan tapis ..air tersebut dibuat mandi.Insyaallah bintil-bintil @ kudis cepat kering dan sembuh.
Kaedah kedua pula; remdamkan segengam beras dengan beberapa helai daun mambu ni semalaman ,kemudian basuh dan toskan ,masuk dalam pengisar dan kisar sampai hancur ...masukan dalam bekas bertutup dan disimpan dalam peti sejuk..setelah pesakit mandi bolehlah disapu pada kawasan dipenuhi bintil-bintil..buat macam bedak sejuk...cara ini amat mujarap mengeringkan kudis dan lebih penting kawasan yg di tumbuhi kudis akibat chiken pop nih cepat sembuh tanpa meninggalkan parut...huhuhuhu betol nihh...umi pun cuba bubuh kat muka ..mana tau kot2 muka umi jadi licin dan xder jerawat...

Sabtu, 26 Mac 2011

Puding Roti Vs Sos Kastard

PUDING ROTI vs SOS KASTARD
  
 
PUDING ROTI

emm ...saja jer upload gambar puding roti dalam facebook aku..tak sangka pulak ramai betoi yang tanya resepi specialy dari adik-adikku yang baru berumahtangga...wahh berkobar2 semangat mereka untuk mencuba resepi dan memasak didapur sendiri...teruskan usaha dan niat murni ...

Resepi ni pun aku dapat dari fb @kongsi resepi...memang banyak wanita/suri rumah yg sudi berkongsi resepi kat sini...dan bila dicuba semuanya menjadi sebab apa yang mereka tulis semuanya bersandarkan pengalaman masak sendiri....bukannya seperti dalam sesetengah buku resepi kadang kala tak menjadi ada yang sesetengah tu bahan bahan yang ditulis seolah-olah tak masuk akal atau tak relevan langsung dengan gambar yang diberi...ini dari pengalaman dan permerhatian saya sendiri lerr..

Berbalik cerita puding roti yang saya buat...resepi nih saya ambil dari fb @kongsi resepi...tapi dek kerana nak masak sangat pada hari itu ...masuk kedapur hanya ada roti ,telur ,tepung shaja...jadi terpaksa lah aku kretif ..gunakan apa bahan yang ada..tetapi masih lagi mengikut skill...
Susu segar ..stok dah habis jadi aku gantikan dengan susu dugro perasa 'Strawbbery' anak aku....lepas tu esen vanila pulak dah abis jadi aku gantikan denga esen 'Strawbbery' juga kebetulan masih berbaki...
aku selongkar dalam peti ais ..kot2 masih ada kismis..alhamdulliah masih ada stok tapi sikit ..jadi lerr kemudian aku ternampak ada 3 biji buah epal masih dalam keadaan elok...aku pun dah lupa bila belinyer...api masih 'good condition' mungkin kerana peti tu 'intelligent' kot guna teknologi nano ; boleh mengekalkan kesegaran dan memelihara vitamin... :)



erkk - peti ais baru yerr

Disini aku turunkan serba sedikit resepi Puding roti...

3 -4 keping roti - dipotong 4 dan disapu dengan butter
3 biji telur
1/2 cwn gula
1 tin susu cair @ 2 gelas susu segar
1 tin air
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar butter
untuk hiasan boleh gunakan kismis dan epal

cara cara membuat puding
- Blend telur, gula, susu, air, butter,tepung dan esen vanila.
- Susun roti dalam loyang dan taburkan kismis dan epal yang dihiris nipis2.
- Tuangkan bahan2 yang telah diblend tadi. Biarkan dalam 15 minit.
- Bakar pada suhu 160 hinga 170 darjah celcius selama 1 jam.
cara cara membuat sos kastard
1 tin susu sejat
1 biji telur - dipukul terlebih dahulu
2 sudu tepung kastard - dicairkan denga sedikit air
1/2 cwn gula

- masukan susu sejat ,telur ,tepung kastard dan gula serta esen vanila dalam periuk
- masak atas api sederhana dan kacau hingga pekat
- bila sudah masak tutup api dan sejukkan dalam peti ais..
- tuangkan sos ini keatas puding dan sedia dihidangkan..


Puding roti & sos

 Dek kerana sos kastard yang aku buat terlalu sejuk dan sedap macam aiskrim...anak -anak aku siap hirup lagi...jadi sos dia habis dulu dari puding...jadi aku pun cuba cicah ngan kari ayam..emmm boleh tahan juga rasa macam makan roti cicah gulai....apa lagi abis sepinggan ...kalau u ols nak try silakan..


hanya Puding roti yang tinggal


+


Kari Ayam


Selamat Mencuba... 

 







 
 


Jumaat, 25 Mac 2011

Seranggan Serangga Perosak (White Fly)

Pokok Lada diserang serangga ......

Serangga apa ni yer..putih2 macam habuk kekabu...dia buat sarang pada belakang daun - daun lada, bila diusik memutih- mutih terbang macam habuk kekabu jerr...



Bila find dlm internet..nama nya  :~ White fly - Sejenis serangga penghisap cairan tumbuhan. Biasa terdapat di sebelah bawah daun

kalau bahasa kampung dia panggil "BENA"...serangga nih buat sarang dan hidup dibawah daun ...dan daun tersebut akan jadi kekuninggan dan akan gugur sehinggalah satu pokok boleh mati akibat kekurangan air...hushh bahaya tu..tindakkan segera perlu diambil.


Mereka cadangkan guna racun serangga ...tapi kalau boleh aku tak mau guna racun sebab nak kekalkan cara tanaman sayuran organik (cewahh).
Ada seorang rakan mencadangkan guna
  'Air basuhan BERAS'.....  emm ..ok jugak tu..jadi aku cuba ..nanti kita tengok hasilnya selepas seminggu...





Kita cuba tengok hasilnya setelah seminggu yerr...mujarab ke tak cara ni...

Ahad, 20 Mac 2011

Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu Kelate....

Makan -makan di Pasar Siti Khadijah

Cuti sekolah 12 ~ 15 /03/2011 - balik Kelantan...emm lama tak balik ..bawa anak - anak pusing Kota Bharu...best juga sebab tak ramai sangat orang kat bandar...jadi parking kereta tak lah susah sangat..tapi jalan tetap jem sebab kereta semakin bertambah tapi jalan raya tetap di takuk lama ..nak buat camner...

Perut dah lapar ..apa kata kita lunch kat gerai makan yang terletak di tingkat 1 Pasar Besar Siti Khatijah...
emmm banyak nyer lauk...undang besar pun ada...emm lauk semua saiz XL..puas hati..harga pun tak berapa mahal boleh dikatakan berpatutan...tempat makan pun dikira selesa tetapi cara jualan masih macam dulu - dulu....

3 orang budak lapar tengah tunggu nasi....hihihihi


emmm...sedapnya Aliff makan nasi lauk ayam pedas gulai kari..nyum..nyumm
tapi air dah abis segelas...kena top-up ngan air kosong...

Lauk Udang besar masak sambal...yumm..yumm


Ini dia 3 orang anak penjaga pintu masuk Istana Kota Lama,
Kota Bharu....kih..kih..kih