Isnin, 2 Ogos 2010

Langsir Raya 2010

Masih tertanya2 nak tukar ke? atau tidak langsir tahun ini yer..... Tahun lepas dah jahit yang baru emmm corak bunga2 lagi (konon2 english style)...terbang juga RM250 + 100 (untuk dapur sekali).

Kalau ikut pendapat suami ku senang ajer : turunkan,cuci pastu pasang balik...janji tak berabuk..emm betul juga dia kata...tak payahlah aku nak memikir mana nak dapatkan bajet nak beli kain langsir yang baru...

Ini langsir raya 2009 ( tapi siap jahit lepas raya )

Sekiranya dikitar semula langsir -langsir tahun yang sudah - sudah boleh juga...tapi nak kretif la!!! Macam mana agak nya rupa langsir kreftif tu? Agaknya kena sambung - sambung kain kot sebab aku dah adjust ketinggian rail langsir supaya kelihatan tinggi dan tambah satu lagi rail kayu.Semua itu kena ambil kira nanti singkat pula langsir kretif ni.

Ahad, 1 Ogos 2010

Rumah adalah syurgaku

Aku dan suami telah mengambil kata sepakat untuk memiliki rumah sendiri pada tahun 2002. Walaupun keadaan ekonomi keluarga kami pada masa itu tidak berapa teguh kerana aku masih belum mempunyai pekerjaan tetap namun keinginanku untuk memiliki rumah sendiri amat tinggi maka dengan sedikit usaha gigih dan cabaran ...akhirnya kami berjaya membeli sebuah rumah. Oleh kerana suamiku bekerja dengan kerajaan maka segala urusan pinjaman perumahan tidaklah terlalu sukar.Pergi sain perjanjian siap dapat duit lagi tau!!!!
Rumah ini amat istimewa kerana apabila melangkah masuk aje terasa tenang melihat pokok - pokok bunga yang ditanam sendiri hidup subur didalam pasu, juga terdapat satu sudut taman kecil hasil tangan suami ku sendiri. Pasu - pasu bunga diatur rapi menarik perhatian ku.Cukup rasanya bersantai dikeliling rumah.Kalau tak percaya marilah bertandang ke rumah ini....hehehehehehe..silakan2.

susunan "Mother Tounge"

suami ku amat berminat menanam pokok buluh kuning..katanya nampak nature...disamping tu terdapat juga satu rimbunan pokok kesidang yang berbau harum (lemak pandan) yang hidup subur atas pergola.

Ini adalah pangkal pokok kesidang yang penuh diatas pergola.

Keluarga Ku

Mengenai diri ku :
Aku berkahwin dengan Norazman Jantan pada 8 September 2001. Kini genap usia perkahwinan kami 9 tahun dan telah dikurniakan 3 orang cahaya mata yang comel - comel.
anak sulungku : Muhammad Nur Aliff Bin Norazman yang kini berusia 7 tahun (14 Febuari 2003). anak ini terpaksa dilahirkan secara pembedahan kerana kedudukannya pada masa itu yang tidak sesuai dilahirkan secara normal. Anak ku kini bersekolah di Sek Keb Seri Bayu,Seri Manjung, Perak. Cita- cita anakku ini terlalu banyak seperti menjadi doktor pakar jantung,nak jual kapal terbang,nak pandu jet pejuang dan termasuklah menjadi pelumba kereta Formula 1.(bestttkan cita - cita dia)


Anak kedua ku : seorang puteri yang diberi nama Nurul Aieyshah binti Norazman yang kini berusia 4 tahun (14 November 2006).Anak ini agak lincah dan kelam kabut sikit tetapi amat menghiburkan.Rupanya amat comel.Bercita - cita menjadi "Princces" suatu hari nanti.(ye ker macam tak caye jer).Menjaga anak ku yang ini semasa kecil agak sukar sedikit kerana dilahirkan dengan masalah jantung berlubang dan terpaksa menjalani pembedahan besar bagi menutup lubang sebesar 1cm pada usia seawal 4 bulan.


Anak ku yang ketiga : Muhammad Aqil Iskandar bin Norazman yang kini berusia 2 tahun (10 Januari 2008). Anak ku yang ini dilahirkan sebulan awal dari tarikh jangka.Walaupun tidak cukup bulan semasa dilahirkan (35 minggu) tetapi berat semasa lahir 2.55 kg.(besar jugak) akan tetapi merasa juga dia duduk dalam aqubater selama 3 hari.Anak ku ini agak pendiam,pemalu dan manja lebih (lebih mengikut perangai abahnya)...ishhkk iyer ker!!! Mata anakku ini agak sepet berbanding dengan mata abangnya...mungkin kerana aku selalu tengok cerita Korea kot semasa mengandung.


Aku juga bahagia dikurniakan seorang suami yang cukup penyayang,penyabar dan teramat memahami segala kehendak dan perangai aku ini. Norazman Bin Jantan itulah nama insan yang amat aku cinta dan sayang hingga keakhir hayat. Aku CinTa Kamu....