Jumaat, 28 Oktober 2011

Cheese Cake @ Kek Keju

Belajar buat cheese cake sendiri....

Kami satu family memang suka sangat makan kek nih...walaupun kat pasaran harganya agak mahal berbanding dengan kek- kek yang lain...sudah tentu satu masa dahulu "Secret Resepi" lerr jadi pilihan terbaik untuk menikmati potongan cheese cake ini..dan harga dari  $5.5o  hingga sekarang dah cecah $7.5o satu slice tetap beli walaupun satu slice makan kongsi ramai-ramai..(itu yang meyebabkan kek tu semakin lazat dan berkrim tu). Akan tetapi sejak akhir-akhir ini timbul pulak keraguan dan was-was dalam diri akan sifat 'HALAL' kepada makanan itu...kerana banyak pihak mendakwa akan penggunaan bahan2 pengawet dan bahan sampingan dalam pembikinan kek itu adalah tidak halal...yg menyebabkan secara automatik kek yang dihasilkan tidak halal unuk dimakan.
Saya ada menonton dalam AFC - Sugar with Anna Olsan...rancangan masakan terbitan Kanada...saya ikuti siaran dia macam mana nak buat classic cheese cake dan macam2 bentuk cheese cake yg lain...huhuhuhu sememangnyer perempuan ini menggunakan "BRANDI" dalam pembikinan kek dia sebagai bahan pengawet...
DAn bermula dari sini lah saya cuba mencari resepi dan cuba buat sendiri kek ini. Hanya dengan cara ini sahaja kita dapat melindungi diri kita dan keluarga dari termakan benda2 yang haram di sisi Islam. Bermula dengan memilih bahan dan cara penyediaan kek ini kita sebagai ibu dapat pastikan apa yg terbaik sahaja dihidangkan untuk keluarga...
Rupa-rupanya cara penyediaan kek ini amat mudah sekali berbanding dengan cara meyediakan kek biasa-biasa...ianya tidak memerlukan tepung gandum yg banyak ,gula yg banyak ,telur yg banyak atau pun penggunaan majerin @ butter yg banyak....berbanding dengan penyediaan bahan untuk membuat sebiji kek biasa-biasa...Sudah tentu cheese cake ini lebih healty berbanding lain-lain kek.

Lihat perbandingan bahan2 yg diperlukan dalam pembikinan sebiji kek biasa-biasa dan Cheese cake :-

Bahan-bahan untuk Cheese cake :-
1) 500gram cream cheese
2)1/2 cawan gula
3) 2 sudu susu pekat ( kalau tak nak tak per)
4) 2 sudu tepung gandum
5) 1 sudu esen vanila atau boleh digantikan dengan perahan lemon kalau tak der lemon pakai pati sunquick pun tak per
6) 20 keping biskut marie @ biskut oreo
7) 2 sudu majerin atau butter
8) cuma 3 biji telur ayam gred A

Bahan- bahan untuk keke biasa- biasa plak:-
1) 2 1/2 cawan tepung gandum
2) 2 cawan gula halus
3) 1 1/2 cawan majerin @ sebata butter
4) 6 -7 biji telur ayam gred B
5) 2-3 sudu susu pekat
6) 2 sudu kecil esen vanila atau perahan lemon
7) 2 sudu kecil baking powder atau ovellet

kat sini kita dah dapat tengok perbezaan kuantiti bahan2 yg diperlukan dalam pembikinan sebiji kek..
cuma dalam proses pembakaran kek ..cheese cake menggunakan teknik 'waterbath'..iaitu masak menggunakan air panas atau wap air ...disebabkan oven yg ada dirumah saiznyer kecik jadi loyang yg ada kena di modifiet sikit ekkk..takper janji kek boleh masak dengan sempurna..dan hasilnya ...ummmm marvellouss...hehehehehhe   : - D

tarrraaaa.....

Ini dia...classic Cheese Cake wit fresh strawbbery...emmm yummmy
first try...alhamdulilah menjadi

Second cook - Choclate Marie Cheese Cake ..sedappp tapi yang ini
suhu oven lupa nak turunkan jadi terlebih gelap dibahagian atas.

Ini Oreo Cheese cake - dibuat atas permintaan anakanda yang dah pandai
belek dan baca buku resepi umi...emmm sedap sekali pandang jerr ...2 kali toleh
licinnnn....


Seronok rasanyer apabila kek yang dibuat mendapat pujian dari anak -anak & huby sayang dan licinn dimakan dan yang penting mereka dapat makan sepuas - puasnya berbanding dengan yang dibeli...

Sekiannn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan